Sejarah SMKPJ
(1994 - 2015)

SMK Permas Jaya memulakan perkhidmatannya sebagai sebuah institusi pendidikan sekolah menengah kepada warga masyarakat Permas Jaya pada 1 Disember 1994. Walaupun keadaan fizikal sekolah pada masa itu belum sempurna namun pada hari pertama persekolahan suasana meriah dapat dirasai di bawah pimpinan Tn. Haji Zakaria Bin Abd Shukor selaku pengetua perintis.

SMK Permas Jaya asalnya terdiri daripada 7 buah blok iaitu 3 blok kelas (blok A, B dan C) 1 blok makmal ( blok D), 2 blok kemahiran hidup ( blok E) dan sebuah kantin. Pada tahun 1999 oleh kerana bangunan yang ada tidak dapat menampung populasi pelajar, sebuah bangunan tambahan yang menampung tiga bilik pelajar (blok F) telah dibina.Pada tahun 2003 dan 200, beberapa perubahan telah dibuat. Di blok A terletaknya pejabat pentadbiran, bimbingan kaunseling, koperasi, SPBT, Bilik Sukan, Bilik Geografi dan Bilik KKQ. Sementara di blok B, Selain bilik guru dan dewan terdapat bilik ABM, bilik Akses, Bilik Disiplin/Pengawas, Bilik Hiasan Dalaman dan Bilik Kebal. Pada tahun 2006 sebuah surau dua tingkat telah siap dibina yang merupakan ikon kepad asekolah ini. Disamping itu, Jabatan Pembangunan Negeri Johor telah memberi peruntukan mengecat semula seluruh bangunan sekolah. Dari segi lanskap, 

SMK Permas Jaya semakin indah dengan taman-taman  dan kolam yang cantik. Dalam bidang kurikulum juga telah menunjukkan peningkatan prestasi yang semakin baik. Sekolah ini menawarkan perkhidmatan pembelajaran dari tingkatan 1 hinggalah tingkatan 6. Dalam tahun 2000 sekolah ini diberi kepercayaan menubuhkan kelas aliran agama dan tahun 2003 wujud tingkatan 6dengan dua aliran sains dan sastera. sekolah ini juga amat berbangga diberi kepercayaan membuka 2 kelas Rancangan Khas bagi Zon Permas Jaya dan Johor Jaya pada tahun 2007. Pada tahun 2010 sebuah kelas kawalan telah ditubuhkan.






GAMBAR GURU-GURU SMKPJ TAHUN 2013



0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 SMK PERMAS JAYA, PASIR GUDANG. | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com