Sunday 23 June 2013

Tuan,
Dengan segala hormatnya perkara di atas dan berita di laman web ini bertarikh 20 Jun 2013 : Penutupan Sekolah-sekolah Daerah Pasir Gudang Berikutan Jerebu adalah dirujuk.
2.            Berikutan bacaan Indeks Pencemaran Udara (IPU) di Daerah Pasir Gudang yang semakin baik, maka  sekolah-sekolah di Daerah Pasir Gudang akan dibuka seperti biasa mulai 24 Jun 2013 (Isnin) sehingga sebarang arahan lanjut dikeluarkan.
3.            Walau bagaimanapun, pihak sekolah dipohon untuk menggantung sebarang aktiviti luar bilik darjah seperti yang telah diarahkan sebelum ini. Pihak sekolah juga dipohon untuk sentiasa mengambil langkah - langkah wajar bagi menjamin kesihatan dan keselamatan murid-murid di sekolah.
Segala perhatian dan kerjasama tuan berhubung perkara ini adalah amat dihargai dan didahului dengan ucapan jutaan terima kasih.

Sekian.

Sumber :  http://www.ppdpgudang.edu.my/berita.php?i=aizad.54
filed under:

0 comments:

Post a Comment

Copyright © 2013 SMK PERMAS JAYA, PASIR GUDANG. | Powered by Blogger
Design by Theme Junkie
Blogger Template by Lasantha | PremiumBloggerTemplates.com